Saturday 26 November 2011
Sunday 20 November 2011
Kata Ganti Nama Diri
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Ganti Nama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama | Penggunaannya |
aku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan |
saya (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi |
hamba (tunggal) | digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu |
patik (tunggal) | digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan |
beta (tunggal) | digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat |
kami (jamak) | digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua |
kita (jamak) | digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang yang mendengar. |
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Kata Ganti Diri Kedua | Penggunaannya |
anda (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita |
awak (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
engkau (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga |
tuanku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja |
kalian (jamak) | digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap |
kamu (tunggal dan jamak) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu ialah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tuanku akan bersiram sekejap lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga merujuk kepada orang ketiga iaitu orang yang dibualkan.
Kata Ganti Diri Ketiga | Penggunaannya |
baginda (tunggal) | digunakan untuk raja dan sultan |
dia (tunggal) | digunakan untuk orang biasa yang diperkatakan seperti rakan dan lain-lain. |
nya (tunggal) | digunakan untuk merujuk barang kepunyaan orang ketiga. |
Ia (tunggal) | digunakan untuk merujuk kepada orang yang dibualkan. |
mereka(jamak) | Digunakan untuk merujuk bilangan yang lebih daripada seorang. |
Saturday 19 November 2011
Kata Nama
Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
| Manusia | Binatang | Tempat |
Kata Nama Am | murid | burung | pasar |
pekebun | kucing | padang | |
| Kata nama khas hidup manusia | Kata nama khas hidup bukan manusia | Kata nama khas tak hidup |
Kata Nama Khas | Ahmad | Lassie | Pahang |
Edelina | Si Belang | Pulau Pinang | |
Chandran | Sang Kancil | Gunung Tahan |
Thursday 3 November 2011
PEMBUKA BICARA
Blog ini dibina bagi melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH. Melalui blog ini saya akan memberikan maklumat berkenaan BAHASA MELAYU yang saya ajar di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)