Saturday 17 December 2011

Kata Kerja


Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada  kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan, contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

 Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Pembuat
Kata Kerja Transitif
Penyambut
Adik sedang
membaca
buku
Cikgu Salmah
mengajar
murid-murid
Ayah
membakar
sampah
Azman
membuat
kerja sekolah

Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut
Kata Kerja Transitif
Pembuat
Radio itu
didengari
Ali
Ikan itu
dimakan  oleh
seekor kucing
Sayur itu
dimasak  oleh
ibu
Surat itu
ditulis  oleh
kakak
Surat khabar itu
dibaca  oleh
abang

Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

 Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Keterangan
Kami
mandi
di tasik
Dia
tertawa
dengan kuat
Banjir
beransur
surut

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya
roboh
Radio itu
berbunyi





No comments:

Post a Comment