Friday 16 December 2011

Kata Adjektif









Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. 

 
Jenis
Contoh

Sifat

Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat

warna

Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat

ukuran

Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis

bentuk


Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.

waktu

Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.

jarak

Dekat, hampir, jauh

cara

Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.

Pancaindera
-          rasa
-          pandang
-          dengar
-          bau
-          sentuh


Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin

Adjektif perasaan

Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.

Tip

Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
 

Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.
Contoh: 

Saya sangat segan dengan awak 

Ahmad amat rindu akan
 kekasihnya di Indonesia 

Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.



 Latihan 1.
Garisi kata adjektif yang sesuai.

1.       Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.

2.       Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).

3.       Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).

4.       Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.

5.       Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.

6.       Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan       
orang ramai.

7.       Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket     
           perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional.

8        Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).


LATIH TUBI :

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1        Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A. cair       B. putih        C. pekat       D.merah

2        Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A.ketat        B.besar        C.singkat     D.longgar


3.       Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A.tajam        B.kasar        C.kesat        D.tumpul


4.       Cikgu Lau menasihati murid-muridnya agar makan makanan yang     
          ___________ dan menjaga   kebersihan diri.
          A.lazat        B.pahit         C.berlemak   D.berkhasiat

5.       Nenek berasa sangat ___________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan mereka tidak pulang ke kampung.
A.malu          B.rindu         C.marah       D.sayang

6.       Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya ___________ sahaja.
A.deras        B.cetek        C.pekat        D.dalam

7.       "Walaupun telah selamat menjalani pembedahan, keadaan Ali masih ___________," kata doktor itu.
A.lembik      B.lemah        C.gagah        D.layu

8.       Emak menanam pokok bunga yang ___________ itu di dalam pasu.
A.renek       B.tinggi        C.besar        D.lebar

9.       Bapa kelihatan sungguh ___________ apabila memakai kemeja barunya.
A.segak       B.kusut        C.lusuh         D.lawa

10.     Bayi  yang___________________itu sedang bermain dengan kakaknya.
          A.garang      B.baik          C.comel                  D.nakal





No comments:

Post a Comment