Sunday 20 November 2011

Kata Ganti Nama Diri






Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.

 Kata ganti diri terdiri daripada:

(a)      kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)      kata ganti diri singkat;
(c)      kata ganti tanya;
(d)      kata ganti tempat; dan
(e)      kata ganti tak tentu.

Ganti Nama Diri

Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.


Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
  
  aku (tunggal)
    digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
  saya (tunggal)

    digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau      
    dalam suasana rasmi

     hamba     
    (tunggal)
    digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
 
  patik (tunggal)
    digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

  beta (tunggal)
    digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

  kami (jamak)
    digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila   
    bercakap dengan orang kedua
   kita (jamak)
   digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang yang  
    mendengar.


Kata ganti nama Diri Kedua

Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :


Kata Ganti Diri
Kedua

Penggunaannya

   anda (tunggal)
 
   digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan   
   kita

   awak (tunggal)
   digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan   
   kita
  engkau (tunggal)
 
   digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan  
   kita dan dengan Tuhan juga

  tuanku (tunggal)
  
   digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

  kalian (jamak)
  
   digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

  kamu (tunggal  
  dan jamak)

   digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan  
   kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu ialah  murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tuanku akan bersiram sekejap lagi.

Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga  merujuk kepada orang ketiga iaitu orang yang dibualkan.



  Kata Ganti Diri Ketiga

Penggunaannya

   baginda (tunggal)

   digunakan untuk raja dan sultan
  
    dia (tunggal)

   digunakan untuk orang biasa yang diperkatakan seperti rakan
   dan lain-lain.

   nya (tunggal)

   digunakan untuk merujuk barang kepunyaan orang ketiga.

 
    Ia  (tunggal)


  digunakan untuk merujuk kepada orang yang dibualkan.
 
  mereka(jamak)


  Digunakan untuk merujuk bilangan yang lebih daripada seorang.

Saturday 19 November 2011

Kata Nama

Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.

Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).

Manusia
Binatang
Tempat
Kata Nama Am
murid
burung
pasar
pekebun
kucing
padang

Kata nama khas hidup manusia
Kata nama khas hidup bukan manusia
Kata nama khas tak hidup
Kata Nama Khas
Ahmad
Lassie
Pahang
Edelina
SBelang
Pulau Pinang
Chandran
Sang Kancil
Gunung Tahan

Thursday 3 November 2011

PEMBUKA BICARA

Blog ini dibina bagi melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH. Melalui blog ini saya akan memberikan maklumat berkenaan BAHASA MELAYU yang saya ajar di sekolah.