Selamat Datang ke Gerbang Interaktif Bahasa
Junaidah Binti Ismail (D20102046095)
Tuesday 25 September 2012
Saturday 17 December 2011
Kata Kerja
Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) Kata Kerja Transitif |
Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan, contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Pembuat | Kata Kerja Transitif | Penyambut |
Adik sedang | membaca | buku |
Cikgu Salmah | mengajar | murid-murid |
Ayah | membakar | sampah |
Azman | membuat | kerja sekolah |
Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.
Penyambut | Kata Kerja Transitif | Pembuat |
Radio itu | didengari | Ali |
Ikan itu | dimakan oleh | seekor kucing |
Sayur itu | dimasak oleh | ibu |
Surat itu | ditulis oleh | kakak |
Surat khabar itu | dibaca oleh | abang |
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
Pembuat | Kata Kerja Tak Transitif | Keterangan |
Kami | mandi | di tasik |
Dia | tertawa | dengan kuat |
Banjir | beransur | surut |
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Pembuat | Kata Kerja Tak Transitif |
Rumahnya | roboh |
Radio itu | berbunyi |
Friday 16 December 2011
Kata Adjektif
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.
Jenis | Contoh |
Sifat | Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat |
warna | Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat |
ukuran | Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis |
bentuk | Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. |
waktu | Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. |
jarak | Dekat, hampir, jauh |
cara | Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. |
Pancaindera - rasa - pandang - dengar - bau - sentuh | Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik Bising, senyap Busuk, wangi, hangit, hapak Kesat, kasar, lembab, halus, licin |
Adjektif perasaan | Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. |
Tip | ||
Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar | Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. | Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya. Contoh: Saya sangat segan dengan awak Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka. |
Latihan 1.
Garisi kata adjektif yang sesuai.
1. Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.
2. Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).
3. Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).
4. Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.
5. Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.
6. Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan
1. Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.
2. Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).
3. Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).
4. Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.
5. Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.
6. Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan
orang ramai.
7. Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket
7. Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket
perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional.
8 Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).
8 Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).
LATIH TUBI :
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A. cair B. putih C. pekat D.merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A.ketat B.besar C.singkat D.longgar
3. Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A.tajam B.kasar C.kesat D.tumpul
4. Cikgu Lau menasihati murid-muridnya agar makan makanan yang
___________ dan menjaga kebersihan diri.
A.lazat B.pahit C.berlemak D.berkhasiat
A.lazat B.pahit C.berlemak D.berkhasiat
5. Nenek berasa sangat ___________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan mereka tidak pulang ke kampung.
A.malu B.rindu C.marah D.sayang
A.malu B.rindu C.marah D.sayang
6. Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya ___________ sahaja.
A.deras B.cetek C.pekat D.dalam
A.deras B.cetek C.pekat D.dalam
7. "Walaupun telah selamat menjalani pembedahan, keadaan Ali masih ___________," kata doktor itu.
A.lembik B.lemah C.gagah D.layu
A.lembik B.lemah C.gagah D.layu
8. Emak menanam pokok bunga yang ___________ itu di dalam pasu.
A.renek B.tinggi C.besar D.lebar
A.renek B.tinggi C.besar D.lebar
9. Bapa kelihatan sungguh ___________ apabila memakai kemeja barunya.
A.segak B.kusut C.lusuh D.lawa
A.segak B.kusut C.lusuh D.lawa
10. Bayi yang___________________itu sedang bermain dengan kakaknya.
A.garang B.baik C.comel D.nakal
Subscribe to:
Posts (Atom)